Off Walls Off Pedestals

Seketika bersama Naser Baharuddin mengenai Syed Ahmad Jamal, Gunung Ledang dan Abstrak Ekspresionisme Malaysia

Posted in Nota Rampai SERUM by tsabri on March 2, 2011

Suatu ketika, Naser Baharuddin (Naser), sahabat saya yang juga seorang artis dan akademik, telah menulis mengenai karya Seniman Negara Syed Ahmad Jamal (SAJ) di dalam blognya http://www.visualcrackers.com/ Berikut adalah respons saya:

1

Hmmm… sebuah lagi cerita tentang Abstrak Ekspresionisme dan Warisan Agong Melayu! ‘Karya-karya saya berjiwa Islamik dan berbentuk kontemporari…’ (terjemahan dari pernyataan SAJ – my works have an Islamic soul and a contemporary form).

Syed Ahmad Jamal | Gunung Ledang | 1978

Hmmm… Maka Tiara Jacquelina pun menaruh kepercayaan kepada Saw Teong Hin untuk menyuruh Ahmadi Hassan berjualan dan berpantun di birai pantai Melaka yang selalu kedatangan perahu kapal rakit dari luar yang di birai pantai itu jugalah teradanya enam tujuh buah binaan berupa warung atau kedai berjualan entah apa entah sayur juga. Mana pelabuhan Melaka empayar tersohor untuk kapal Tiara Jacquelina yang bergelar Gusti Putri Retno Dumillah berlabuhan?

Maka tiba-tiba M. Nasir yang banyak mencipta lagu cinta-cintaan itu pun mendongak ke atas lalu terlihat olehnya Gunung Ledang yang sekarang sudah bersegi tiga! Bersegi tiga kah Gunung Ledang? Mat Rohko? Klipok Sti? Han Hohme? Sapo dio tu? Puok mano ni Tuoh? – Seorang sahabat Hang Tuah dari Kelantan pun bertanya. Harharhar… !

Hmmm… karya-karya saya berjiwa Islamik dan berbentuk Kontemporari…hmmm.. Apa yang dapat kita pelajari dari ayat atau ini? Mahu apa dia berkata demikian?

2

Saya sering tidak dapat membaca karya-karya SAJ dengan baik kecuali menghubungkannya dengan keterpesonaan artis Malaysia kepada Abstrak Ekspresionisme Amerika yang tidak sudah-sudah itu – malah lebih dari itu juga kepada Seni Islam atau apa saja isme yang dikatakan menjadi inti (essence) kepada pengkaryaan seseorang artis. Betapa tidak – sedang Abstrak Ekspresionisme Malaysia yang dimunculkan bersama karya-karya SAJ, A. Latif Mohidin, Ibrahim Hussein dan lain-lainnya di tahun 1960an, kita juga akan menemui Abstrak Ekspresionisme di tahun 1990an dengan kehadiran Yusof Ghani dan lain-lainnya.

Persoalannya juga – apabila SAJ mengatakan – ‘my works have an Islamic soul’ – apakah dia teringat akan datuk nenek moyangnya? Juga, Yusof Ghani, teringatkah dia kepada kawan-kawannya di India? Dan pernahkah Sulaiman Esa masuk belajar di woksyop miniatur Parsi untuk melukis figura? Juga, pernahkah Tiara Jacquelina bertapa di Gunung Ledang lalu mendapat ilham untuk menjadi Puteri Gunung Ledang? Harhar…

Perkara-perkara yang saya sebut sering bermunculan apabila saya cuba membaca karya-karya SAJ. Nampaknya tanda dan penanda yang digagas oleh Saussure itu menjadi bertindihan, malah berlumba pula untuk mengakui yang ini yang benar – itu yang salah! Perlu apa Willem de Kooning menari di Malaysia? Perlu apa Chritine Hakim mengiringi Gusti Putri Retno Dumillah sampai ke puncak Gunung Ledang?

Membaca karya-karya SAJ – saya amat terkesan dengan ‘karya’nya sebagai Pengarah BSLN di dekad 1980an. Ketika itu BSLN meriah – saya jadi sedikit nostalgik; betapa acara-acara perasmian pameran sentiasa terpenuh: dengan beraneka jenis kueh-muehnya, dan kita berbaris-baris dengan bas ITM. Dan karya-karya yang dipamer sentiasa menjadi perbualan. Lalu saya jadi sedikit kurang senang apabila melihat sebuah karya catan besar SAJ (terlupa pula apa tajuknya), sedikit herot bingkai atau stretchernya terpamer di BSLN. Sebuah catan besar Seniman Negara terherot bingkai asas nya! Disengajakan? Atau tiada siapa yang peduli?

3

Ok _ada dua hal yang boleh direnungi mengikut kata Naser apabila membaca kenyataan SAJ: Karya-karya saya berjiwa Islamik dan berbentuk kontemporari.

  • Hubungan Islam dengan bentuk kontemporari: Islam itu satu cara hidup, Ad-din. Mudahnya, ia adalah cara mana manusia yang dianugerahi akal itu menjalani hidupnya di  bumi; menurut pedoman atau aturan yang ditetapkan Allah S.W.T Apa kehendak Allah apabila menurunkan KitabNya? Bagaimana Rasul-rasulNya merealisasikan kehendakNya? Jadi, artis Muslim itu wajarnya punya tujuan. DAN, apa itu bentuk kontemporari? Apa bentuk kontemporari bagi SAJ? Abstrak Ekspresionisme Amerika? Apa bentuk kontemporari bagi saudara Naser sendiri? Pada saya?
  • Keherotan Kuratorial: Ini suatu hal yang membuat SERUM menjadi lekeh. Suatu bentuk kursus kuratorial sudah sampai waktunya diperkenalkan di universiti-universiti tempatan.

Satu lagi pernyataan SAJ yang menarik untuk dibaca – “As a painter, I want to capture the essence and immortalize it in painting.” Atau, as an artist, I want to capture the essence and immortalize it in my works, menjadi, kalau diterjemah: sebagai artis, saya ingin mendapatkan saripati dan mengabadikannya ke dalam karya-karya saya.

… hmm, Apa essence itu? Saripati?

4

“As a painter I want to capture the essence and immortalize it in (my) painting.”

Apa yang dikatakan ‘essence’ itu? Apa perkataan Melayu yang boleh kita gunakan untuk menterjemahkan ‘essence’? – saripati, intipati, perkara yang paling asas? Bagaimana rupa dan bentuk saripati atau intipati itu? Bentuknya tidak berubah-ubah? Atau akan berlainan atau berubah tergantung kepada keadaan tempat, masa atau seseorang? Ini penting kerana sebagai seorang pencatan (painter), SAJ  dan artis lain yang bersependapat mahu mendapatkan essence untuk diabadikan ke dalam catan-catan mereka! Apa sebagai penghayat atau audien, kita telah menemui saripati yang telah diabadikan itu? Mana?

Catatan diatas ditulis sebelum Naser menutup hal ‘Islamic soul’ dan ‘contemporary form’ dengan merumuskan bahawa kondisi SERUM tidak berubah – serupa dari dulu hingga kini; hanya penyataan gaya dari penyelidikan ilmiah yang membosankan (bosan kerana tiada ada apa yang menarik – exciting?). Atau dalam kata lain, perkembangan SERUM tidak ‘exciting’ – begitu?

…terus. Saya teringat akan baris karangan SAJ dalam makalahnya pada pameran Seni Lukis Malaysia 30 Tahun dalam tahun 1987. Katanya – ‘Malaysian Art starts now!’ Apa yang ‘Now’nya di tahun 1987? Dan apa juga yang ‘Now’nya sekarang? Abstrak Ekspresionisme?

(Malaysian) Art is Dead! Begitukah kemudiannya? Harharhar…

Naser di BSLN | 2011

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. naser said, on March 4, 2011 at 3:42 am

    dari rentetan syed ahmad jamal sehinggga haslin BMS winner2010 kita masih terperuk dengan perbualan artist malaya yang kurang ‘derumnya’….banyak pihak bersalah dalam hal ini. institusi seni, para akademik, sikap pelajar dan pengiat agak terkeliru….(bukan kata saya pandai)…

    pertama masalah ruang….
    ruang seni malaya masih tertutup. tertutup dari segi pandangan dan diskusi, pengiat hanya mahu dipuja dan dipuji, kritik tak suka..sebab alasannya pengkritik pun tak suka dikritik….

    kedua masalah pengurusan….
    dijalankan oleh orang yang bukan pakar…faham aje le…

    ketiga masalah kefahaman….
    ramai yang masih kurang faham apa itu seni…karya2 saya berjiwa islamik, berbentuk kontemporari yang mana rupa abstrak ekspressionism melayu….kerana untuk beridentiti, tapi nampak global….seterusnya ‘sesat’

    keempat masalah kepentingan….
    pengolahan seni hanya bersifat teman dan kawan….bukan atas elemen kajian. itu sebab frame yang herot pun kata hebat, sebab yang buat ada gelaran….(picasso pun nak tan sri emeritius dato sri datin paduka….kesian picasso)

    kelima masalah tiada penyelidikan
    buat seni atas dasar stroke macam mana, masalah bitumen dan charcoal? gambar cantik – walaupun penyampaian dalam bentuk illustrasi. kefahaman antara illustrasi dengan membuat catan masih serung….illustrator-painter…ini yang banyak…sorry to say…

    kelima masalah keewangan…
    ada duit tapi banyak membazir pada benda yang kurang berfaedah…pertandingan buat kek..grafiti mural, pertandingan menghias bunga dan seumpamanya…kononnya menyemarakkan seni pada masyarakat…hehehhe….ada duit geran penyelidikan tapi tak pernah diumumkan pada org ramai…tapi bagi senyap2 pada kroni…

    keenam terlalu banyak memberi muka pada artis
    kesian artis…kita kena bantu dia….itu sebab di tiou oleh F- – – – k. dia ini sebagai dewa seni lukis malaya, sebab boelh beli painting…akhirnya kena tippu…bayar separuh itu pun tak habis….lepas tu bergaduh….hehehe

    dan banyak lagi yang harus dibincangkan….

    now the art must start now…walaupun masih karya latif mohidin menjadi pujaan ramai kerana dia akan berpameran di balai secara solo nanti… cukup dah…bak kata MAHATHIR…dah lama dah….

    fikir-fikir kan, amal dan sampaikan – jemaah tabligh malaya.

    • tsabri said, on March 7, 2011 at 8:29 am

      Ya tuan. Begitulah senarionya. Mari kita ketawakan masa bodoh dan terus kerjakan yang sewajarnya. Harharhar…

  2. naser said, on March 8, 2011 at 2:40 am

    apa nak buat. dah semua bodoh. biarlah begitu asalkan kita bodoh. jadi bodoh baru dapat projek, kalau jadi pandai nanti orang tak suka. susah dapat projek….hehehehehe

  3. cikguseni said, on March 16, 2011 at 1:32 pm

    tuan-tuan,

    “kalau jadi pandai nanti org tak suka”.. dah jadi masalah dalam semua peringkat SERUM. saya cikgu kecik nipun, terkena juga bahangnya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.