Off Walls Off Pedestals

Belasungkawa untuk Hero Pop SERUM

Posted in Nota Rampai SERUM by tsabri on February 13, 2011

Ahmad Azahari | In Search of Ahmad | Performen | 1999

Berikut adalah teks panduan untuk ucapan kuratorial saya, ketika memperkenalkan Arwah Jeri pada Pameran Perseorangannya, Pertemuan/Relations, di Galeri Petronas pada 4hb Ogos 2001.

Basmallah

Para hadirin yang saya muliakan, Assalamualaikum wa rohmatullahi wa barakatuh dan Selamat Petang.

Telebih dahulu saya ingin menucapkan terima kasih kepada Galeri Petronas kerana menjemput saya menjadi kurator untuk pameran perseorangan Ahmad Azhari atau lebih dikenali sebagai Jeri ini. Di sini juga saya mengucapkan tahniah kepada Jeri kerana berjaya mengada pameran ini.

Saya terkesan dengan karya Jeri sejak dari pertengahan tahun 1980an, Dengan stail Pop Art, karya-karya beliau agak terserlah – berbanding dengan karya-karya artis lain yang pada waktu itu meriah dengan persoalan identiti dan warisan silam.

Jeri, sebagai anak muda, tidak berpeluang menghabiskan pendidikan seni secara formal – dia berakhir dengan belajar sendiri: dari buku-buku, majalah, pameran dan kawan-kawan. Dia banyak mengikut rasa hati dan persepsi sendiri.

Karya-karya dalam Pertemuan/Relations ini adalah hasil, atau kesan dari satu persembahan / performance, yang diberi tajuk Mencari Ahmad – In Search of Ahmad – (I.S.A) yang dilakukannya dalam tahun 1999. Ketika hampir semua orang sibuk dengan ‘kemunculan alaf / millennia baru’; selama 336 jam, Jeri tidak bercakap, tidak merokok atau makan, kecuali minum air – dia menggulung lembaran majalah dan akhbar yang kemudiannya disusun menjadi sebuah instalasi. Instalasi, sebagai by-product perfomen itu, dipamerkan semula di pameran ini.

Kepelbagaian tema, subjek, persoalan dan bentuk yang cuba digarap Jeri dalam karya-karya dalam pameran ini memperlihatkan betapa Jeri telah mengembara jauh dalam pencariannya_ dan Jeri sendirilah yang tahu apa sebenar yang dicari dan apa juga yang telah ditemuinya. Dan sebahagian darinya dihadapkan kepada kita hari ini.

Tentang Pop Artnya, saya kira Jeri juga seperti orang lain, artis lain, – melihat kepada Abstrak Ekspresionisme atau Surrealisme atau juga Seni Konseptual sebagai rujukan. Tapi yang menarik di sini, Jeri telah berjaya menemukan atau menggabung sifat impersonal Pop Art dengan emosi, ekspresi dan idealisme keperibadiannya_ lalu menjadikan stail Pop Art, sekurang-kurangnya di Malaysia, terus berkembang – mencari dan membentuk dimensi-dimensi baru dalam Seni Rupa Malaysia.

Sekali lagi tahniah dan semuga Jeri terus berjaya.

Sekian. Terima kasih.

Hamdallah.

Jeri telah kembali ke rahmatullah pada 19 Julai 2006.

18 Oktober 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s