Baris-Baris yang Bergantungan di Langit & Sekuntum Mawar yang Layu Selepas Hari Kekasih
Selamat datang, Tuan. Sejahtera atas kamu. Mari Tuan. Banyak yang hendak kita bicarakan. Silakan Tuan. Ada sedikit minuman. Apa kabar?
Waktu semakin melembik. Di sini. Saya tidak tahu. Garis horizon sering tidak keruan. Di sini. Saya lagi tidak tahu. Tuan kah itu?
Hujan. Dewa-dewi pun malas berkeliaran.
Dunia sudah bulat/bujur. Tidak rata lagi. Apa mau diratakan lagi?
Gerimis. Dewa-dewi kedinginan_ dan menjadi semakin bosan mendengar monotoni nyanyian si keldai sejak senja menghilang tadi. Malam hitam.
Hitam malam bertukar hijau. Malam hijau kini. Dewa sudah menunggang keldai!
Malam kering. Api berbunga, bunyi melantun. Angin tidak mahu bergerak. Saya menuruni tangga hijau.
Filosuf tua & keldai buta. Tertegun mendengar ribut. Mereka. Hening tiba-tiba menutup segala. Pulang! Pulanglah dulu.
Kerikil jadi hangat. Lanskap bergetar mengikut rentak harmonika. Embun turun bersama wangi rambut mu. Rindu sudah hilang dari kamus.
Keringat. Arus deras pagi ini. Dayung tidak patah lagi. Kepul asap dari gelegak dapur. Hanyut! Hanyut! Hanyut! Di situ kah engkau, Bianca?
Kuda-kuda meringkik. Dari awan ke awan, dengan petir di tangan, mencari manusia yang dibenci di bawah sana.
Pentas berlampu hijau. Seekor gagak hitam bersinar matanya. Pemain gitar keraguan di persimpangan jalan. Sambutlah tangan ku kekasih. Sepi.
15 Februari 2011
leave a comment