Off Walls Off Pedestals

Pemikiran Naser Baharuddin mengenai SERUM (1)

Posted in My Artist-Friends by tsabri on March 9, 2011

Naser | 2011

1 Naser Baharuddin

Saya mengenali Naser Baharuddin (Naser) sejak awal 1980an ketika sama-sama belajar di Jabatan Seni Halus, Kajian Seni Lukis & Seni Reka, ITM, Shah Alam. Naser adalah seorang artis yang tekun, rajin berpameran dan pernah memenangi hadiah Bakat Muda Sezaman (BMS). Beliau meneruskan pendidikan seninya di Amerika Syarikat (AS) di akhir 1980an. Sekembalinya dari AS, Naser mengajar di sebuah kolej seni swasta, menjadi Pengarah Galeri Shah Alam untuk beberapa ketika, dan kini beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Dia juga pernah dilantik sebagai ketua juri untuk BMS pada tahun 2006.

Selain melukis, Naser juga dikenali sebagai seorang yang prihatin dengan perkembangan SERUM. Dia sering membuat kritikan-kritikan yang selalunya dianggap ‘pedas’ oleh kebanyakan artis dan peminat seni rupa. Naser beranggapan yang rata-rata artis Malaysia kebingungan dengan halatuju kalau tidakpun kehilangan. Dia merasakan karya-karya artis Malaysia gagal memberi sesuatu yang bermakna; pendekatan berkarya samada dari segi tema atau metodologi misalnya, dikatakannya tidak berubah dan berada di takok lama.

Jalur fikiran Naser tidak dapat difahami dengan mudah kalau hanya bergantung kepada tulisan atau komentarnya sahaja. Tulisan Naser biasanya agak sukar difahami – kita sering terpaksa membaca beberapa kali untuk kadang-kadang memahami perkara yang mudah. Gaya bahasa dan penulisannya sering melompat-lompat dan boleh menjadi kabur. Saya rasa ini adalah satu kelemahan yang patut dibaiki segera supaya suatu penilaian yang lebih saksama boleh dilakukan. Cara terbaik memahami fikiran Naser setakat ini adalah duduk mendengar beliau bercakap dan bertanyakan terus apa-apa yang menjadi persoalan.

2 Tulisan Ini

Tulisan ini cuba menyorot pemikiran Naser terhadap perkembangan SERUM. Ia dirumus dari berbagai tulisan, komentar, renungan dan perbualan kami terhadap berbagai tanda dan perkara yang mewarnai perkembangan SERUM sejak dari awal perkembangan hingga kini. Adalah diharap tulisan ini dapat membantu kita memahami pemikiran Naser dengan lebih baik.

3 Masalah-Masalah dan Ulasan

Di sini saya senaraikan tujuh perkara yang disebut Naser dalam responsnya terhadap pos saya, ‘Seketika bersama Naser Baharuddin’. Perkara-perkara ini disebut oleh Naser sebagai ‘masalah’. Huraian ringkas pada setiap ‘masalah’ adalah dari Naser sendiri dengan sedikit editing gaya bahasa oleh saya.

  1. Masalah Ruang – Ruang SERUM masih tertutup dari pandangan-pandangan dan diskusi – penggiat hanya mahu dipuja dan dipuji, tidak suka dikritik atas alasan pengkritik pun tak suka dikritik.
  2. Masalah Pengurusan – dijalankan oleh orang yang bukan pakar.
  3. Masalah Kefahaman – ramai yang masih kurang faham apa itu seni – contoh pernyataan ‘karya-karya saya berjiwa Islam, berbentuk kontemporari dengan rupa abstrak ekspresionisme yang berunsur Melayu’ lebih kepada supaya kelihatan beridentiti dan global, tapi …dikhuatiri akan ‘sesat.’
  4. Masalah Kepentingan – peluang kepada projek-projek seni hanya diberikan kepada kawan-kawan …bukan atas ‘elemen’ kajian, itu sebab stretcher yang herot pun kata hebat, sebab yang buat ada gelaran…
  5. Masalah Tiada Penyelidikan – buat karya seni atas dasar stroke macam mana, masalah bitumen dan charcoal. Gambar cantik – kefahaman antara illustrasi dengan membuat catan masih serong… illustrator-painters… ini yang banyak.
  6. Masalah Kewangan – ada duit tapi banyak membazir untuk benda yang kurang berfaedah seperti pertandingan membuat kek, graffiti mural, pertandingan menghias bunga dan seumpamanya, konon menyemarakkan seni kepada masyarakat.
  7. Masalah Banyak Beri Muka – kesian artis… kita kena bantu dia… itu sebab senang ditipu oleh kolektor yang tidak bertanggung-jawab.

Biarlah saya membuat ulasan ringkas terhadap masalah-masalah yang disebut Naser terlebih dahulu: Masalah pertama yang disebut Naser, Ruang, adalah lebih kepada gambaran sikap artis. Artis dikatakan tidak suka menerima kritikan. Masalah kedua pula, Pengurusan, adalah pernyataan Naser terhadap kakitangan pihak pengurusan seni; yang sebenarnya kurang jelas – pengurusan yang mana? Kerajaan atau swasta atau kedua-dua sekali? – siapakah yang dikatakan ‘bukan pakar’ itu – ia boleh membawa maksud tidak cekap, atau dilakukan oleh orang-orang yang kurang tahu mengurus soal-soal kebudayaan, seni rupa. Masalah ketiga, Kefahaman, adalah pernyataan Naser bahawa ramai yang terlibat dengan seni rupa tidak faham dengan berbagai aspek berkaitan; beliau di situ merujuk kepada pernyataan SAJ jika saya tidak silap, lihat http://www.visualcrackers.com/2009/12/melihat-karya-seniman-negara-syed-ahmad.html.

Masalah keempat, Kepentingan, boleh dibaca sebagai seperti suatu ‘sindiran’ Naser kepada sesuatu pihak yang tidak pula disebut mengenai pengagihan sesuatu projek berkaitan dengan seni rupa. Huraiannya juga menyentuh komentar saya mengenai bingkai atau stretcher sebuah catan SAJ https://tsabri.wordpress.com/2011/03/02/seketika-bersama-naser-baharuddin-mengenai-syed-ahmad-jamal-gunung-ledang-dan-abstrak-ekspresionisme-malaysia/ . Masalah kelima, Tiada Penyelidikan, juga seperti suatu ‘sindiran’ kepada hasil kerja artis-artis yang dipanggilnya sebagai illustrator-painters; yang hanya mementingkan teknik ‘stroke’, dan bahan ‘bitumen’ dan ‘charcoal’. Masalah keenam, Kewangan, melihat Naser mempersoalkan bagaimana peruntukan kewangan digunakan; dan masalah ketujuh, Banyak Beri Muka, juga seperti suatu ‘sindiran’ kepada artis, pihak galeri samada kerajaan atau swasta, dan juga kolektor seni rupa.

4 Dua Perspektif dan Etika Kritikan

Daripada ‘tujuh masalah’ yang disenaraikan, kita boleh saja mudahkan ia menjadi hanya ‘dua masalah’ kerana semuanya boleh dikelompokkan secara umum kepada dua:

  • Masalah 1 – Ruang, boleh dikelompokkan bersama dengan Masalah 3 – Kefahaman, dan Masalah 5 – Tiada Penyelidikan. Masalah-masalah yang disebut adalah menjurus kepada soal kefahaman mengenai berbagai aspek pengetahuan seni rupa dan budaya amnya. Kita namakan saja kelompok ini sebagai Perspektif Pengetahuan Seni.
  • Masalah 2 – Pengurusan, boleh dikelompokkan bersama dengan Masalah 4 – Kepentingan, Masalah 6 – Kewangan, dan Masalah 7 – Banyak Beri Muka. Masalah-masalah dalam kelompok ini adalah berkaitan dengan soal-soal pengurusan. Kita boleh namakan kelompok ini sebagai Perspektif Pengurusan Seni.

Dan, kalau mengikut huraian Naser terhadap ‘masalah-masalah’ yang disenaraikannya, kita tidak boleh lari dari nada sinis yang berbentuk ‘sindiran’ kepada orang perorangan mahupun organisasi yang terus-terang disebutnya ataupun tidak. Pendekatan Naser berhujah membuat ramai orang berasa jengkel, dan ini diakui oleh Naser sendiri, namun begitulah – kepedasan ‘kritikan’ akan terus menebal sehingga kritikan itu dianggap boleh ‘membunuh’, jika artis terus ‘melarikan diri’ dari kritikan dan ‘tidak dapat menerima’ bahawa kritikan itulah yang membuat mereka dapat menghasilkan karya-karya besar. Dan, pihak pengkritik harus terus dapat memberi idea-idea yang membina dengan hujah dan butiran yang saksama – tidak hanya yang berupa ‘sindiran’, ‘tohmahan’ atau ‘andaian’ semata.

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. naser said, on March 12, 2011 at 2:32 am

    salam sahabat yang budiman,
    terima kasih atas pemerhatian tuan atas penulisan saya dan cuba untuk memperkenalkan siapa saya. tuan telah melanjutkan apa yang ada pada pemikiran saya yang mana diharap ia boleh di ‘saksamakan’ dan bukan dianggap sebagai ‘membunuh’.

    terima kasih juga kerana telah membahagikan tulisan saya kepada semua perkara tersebut menjadi dua perspektif yang dianggap umum. sebagaimana yang saya ketahui apabila ia dikatakan umum maka permasalahan tersebut adalah sesuatu yang umum juga. iatu satu kepada perspektif pengurusan seni dan satu lagi kepada pengetahuan seni. ini seuatu yang tak dinafikan. tapi persoalan tersebut mempunyai fragmentasi dan bahagian yang mengandungi sub-topic yang mana perlu juga ia dijelaskan secara satu persatu daripada yang berbentuk umum.

    maka akhirnya maka huraian tersebut menjadi beberapa pecahan, dimana pecahan tersebut mempunyai permasalahan nya secara tersendiri. jadi daripada saya menulis secara umum dalam satu topik maka saya rasa eloklah dipecahkan begitu supaya setiap pecahan tersebut boleh di lihat secara lebih teliti. ini merupakan harapan. dan ini adalah masalah teknik(method of writing).

    tapi pandangan tuanku patik tak nafikan juga. maka terpulanglah cara masing2.

    saya juga beberapa kali telah membaca tulisan tuanku dan saya mempunyai reaksi tertentu. namun saya dapat melihat beberapa perkara yang dihasilkan secara sindiran, ini sesuatu yang amat menyeronokkan. namun walaupun begitu saya melihat apa yang tuanku ingin sampaikan. sindiran dan sebagainya itu adalah gaya tulisan tuanku.

    gaya saya menulis agak ‘kabur’ atau ‘blur’ dan tidak jelas. kabur atas dasar huraiannya sukar difahami. untuk diberitahu disini bentuk kekaburan tersebut dihasilkan kerana tulisan saya bukan dalam bentuk factual, tapi fiction. tulisan saya mengajak kepada suatu ‘andaian’ atau sebagai suatu suggestive of thoght yang bukan definate. Umberto Eco meletak sebagai ‘tabular rasa’. foucault dalam tulisannya archaelogy of knowledge. susan sontag…. dan berbagai lagi….ismail zain telah cuba mendekati gaya penulisan tersebut tetapi terikat dengan genre structuralism. dimana tulisan beliau banyak guna ideologi semiotic tapi bersindiran, even dalam painting. tulisan ismail zain juga kabur tapi ia agak tersusun.

    maka kita kena tahu akan perkembangan tersebut, yang mana kajian di malaysia agak jangkal akan hal sedemikan. kita masih berpaksi ada descriptive writing yang kononya supaya mudah faham. tapi malang nya tak memberi apa2. itu sebab mereka suka baca kosmo. maka ilmu pu ilmu kosmo yang bersifat narrative factual.

    memang benar tulisan saya mengundang kepada beberapa kali untuk difahami. tujuannya untuk membentuk komunikasi. bukan informasi. kerana dalam dunia seni sememangnya kita berada dalam dunia abstrak. agar sukar untuk menceritakan sesuatu yang absrak itu seara real. kerana ia adalah berwajahkan fiction.

    namun terima kasih atas pemerhatian tuan dan segala komen yang tuanku berikan saya anggap sesuatu yang positif yang bukan terhenti di sini dan boleh bercerita lagi.

    wallahualam

    • tsabri said, on March 12, 2011 at 2:52 am

      Teruskan saja tuan, terima kasih atas respons. Memang kita perlu war-warkan soal-soal ‘pemikiran’ dalam SERUM. Maka itu saya cuba menyorot pemikiran tuan: soal bahasa dan gaya penulisan bukan masalah besar di sini – yang penting adalah fikiran-fikiran tuan. Saya cuba mengesan, memerhati dan seterusnya mengenengahkan kepada umum/publik supaya fikiran-fikiran ini boleh dimunafaatkan. Teruskan tuan. Tidak ada niat buruk mahupun apa saja negatif berkaitan dengan usaha dan kerja tuan selama ini.

  2. naser said, on March 13, 2011 at 3:52 am

    salam sahabat

    Since tengku memberi peluang kepada saya untuk membongkar pemikiran saya, maka adalah elok saya menjelaskan scenario persekitaran penulisan dimalaysia setakat mana yang saya mampu. Terutama dalam konteks senilukis Malaysia.
    Di Malaysia penulisan seni khususnya mempunyai berbagai pattern/corak: yang paling disukai adalah berbentuk descriptive. Kerana ia berpaksi pada huraian atau lapuran akan sesuatu event. Jadi tak hairan ia bersifat narrative. Refleksinya dalam bidang pengkaryaan seni, interpretationnya juga ia dilaksanakan secara naratif. Oleh itu scenario painting pelukis banyak berwajahkan illustrative. Dengan kata lain ia berbentuk penerangan, umpama lapuran akhbar. Ini bukan bermakna ia tak boleh dilaksanakan tapi yang penting apa significancenya dalam konteks social inquiry. Terutama dalam pembinaan ethical responsibility.
    Perlu dijelaskan apabila sesuatu interpretasi dilaksanakan ia tertakluk pada representing socio-cultural meanings. Interpretationnya adalah terletak pada bagaimana seseorang ‘membaca’ atas apa yang dilihat. Kaitannya dalam konteks seni visual ia tertakluk pada image based research dimana pendekatannya adalah secara semiotic, or social semiotics and multimodal texts. Khususnya apabila pelukis itu mengambarkan aksi sesuatu isu dalam masyarakat. Dalam seni lukis/rupa Malaysia, pengkarya jarang melihat ‘rupa’ atau’ imej’ sebagai suatu social semiotics. Ia hanya diangkat sebagai suatu event. Itu saya sering katakan seninya lebih bersifat narrative. Bukan representing meaning. Kerana apabila berpandu pada’ rupa’, interpretationya tak boleh lari daripada social semiotics yang dikutip daripada kefahaman visual anthropology. Soalannya adakah seni lukis Malaya berada dalam kondisi begini. Itu sebab ‘seni rupa malaya’ atau SERUM tak ada derumnya. Jadi tak heran sampai hari ini masih terpingga dengan hala tuju. Kerana kalau pelukis masih berpaksi pada interpretasi wajah ‘rupa’ atau ‘gambar’ maka sepanjang masa lah kita bermasalah. Ini pemerhatian saya, kerana rupa bukan untuk dihuraikan tapi perlu dimaknakan.
    Oleh itu dalam menjalankan operational terhadap ‘rupa’ ia memerlukan kepada pengkaedahan ‘observational’ and interpretation. Dan sudah tentu pelayaranya meredah kepada bidang falsafah dan persoalan hermeneutics, phenomenology dan discourse analysis. Dalam kancah perdebatan secara naturalistic inquiry dengan mengunakan pemerhatian/pengamatan secara tajam. Sebagai contoh, ‘isu rupa’ terletak ada huraian secara teoritikal yang agak etnografik – kerana kaedah etnografik secara literalnya bermakna menulis/menceritakan akan sesuatu peristiwa, orang atau ‘rupa’. Olahan maklumat atau data images dirungkai melalui focus group secara naturalistic inquiry dalam kondisi discourse analysis. ‘RUPA’ dikupaskan secara pendekatan teoritikal dan bukan dibaca sebagai ‘lambang’.
    Kadang-kadang operationalnya agak ‘grounded’ bergantung pada sesuatu ‘case’, dan membentuk fakta/data secara explorative. Ini banyak dilakukan oleh clement Greenberg dalam penuisan seninya. Tapi dimalaysia kaedahnya hanya setakat chronological dan illustrative. Tidak secara groundednya. dimalaysia dalam hal ini untuk menampakkan lebih creative dan intellect ia diolah secara ‘penggunaan jargon’ – emphasis pada terminology. Bila tulisan banyak menggunakan jargon maka lebih hebatlah ‘maknanya’.

    Ada setengah tulisan berbentuk historical, berlandaskan fakta. Kebanyakan dilakukan oleh sejarawan seni. Methodnya adalah agak tertumpu pada life history and narrative approaches with chronological structures. Percaya dan taksub pada fakta. Oleh itu tak hairan kebanyakan historical life research berbentuk ‘data presentation’. Kaedah ini amat digemari di Malaysia. Ia terbentuk hanya pada bagaimana merancang data dan membina formasi pengetahuan secara chronological. Bagi sesetengah orang ia amat membosankan. Ia cuma penting sebagai suatu dokumentasi material atau dipanggil archival research.
    Seterusnya penulisan secara ‘impact’, impak disini bermakna menulis mengikut sesuatu isu, seperti persoalan gender- soal race, membina polisi, akta dan the politic of the art. Selalunya bagi seseorang yang amat gemar pada field work yang dipanggil sebagai action research. Jadi kalau kita nak bercerita pasal painting berkenaan kisaf kaum lelaki/wanita, sifat perkauman, mencari identity dan sebagainya, jadi inilah paradigmnya. Kalau tak jangan perasan sengaja-sengaja nak buat cerita pasal perkauman dan identity.
    Satu lagi tulisan berbentuk idea descriptions atas pembinaan kaedah secara constructive. Ia menjangkau daripada persoalan falsafah, hermeneutic kepada suatu anjakan poststructuralism kepada psychoanalysis. Atau daripada structuralism (kaitan dengan pengalaman di Malaysia Ismail Zain) kepada poststructuralism – radical hermeneutics – yang jauh panggang dari api apabila kita kaitkan dengan scenario di Malaysia. Pelukis dan pengkarya perlu melihat dari kajian ini kalau mahu bercerita kepada pembinaan hala tuju secara progresif. Saya tekankan kerana situasi di Malaysia dan dunia amnya telah dirangka oleh system komunikasi berangkai dan jaringan informasi secara virtual dan simulasi. Suasana seni juga telah dirancang akan suatu predication on achieving rationality. Atau the reaity of actuality that reach us through fictional devices – berpaksi ada sumber ilham dan hubungan antara ‘intersubjective’ kepada ‘intrasubjective. Dan mengarap fiksyen as a screen for a desire. Berperwatakan ‘terbuka’ dan menerima ‘plurality as one’. SOALNYA DI MANA POSISI KITA(PELUKIS DAN PENGKARYA) SEKARANG DALAM MEMBINA SENI LUKIS MALAYA….tepuk dada tanya selera….kalau tidak buat je lah asal laku… cukup….yang mana .akhirnya berbalik pada soal bagaimana perspektif pengurusan di bentuk dan pengetahuannya dilaksanakan. Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.
    Dalam pengkaedahan ini kalau dilihat dalam dunia islam ia telah berlaku berkurun yang lalu, alghazali telah menghurai dalam ihya ilumuddin, ibnu arabi – alfutuyat al-makkiyyah yang menceritakan beyond fiction, atau sheikh abdul kadir jailani – the secret of the secret. Atau dalam kitab tajul muluk. Yang mana semua buku2 tersebut apabila dibaca …sampai hari ini tak faham-faham dan bersifat KABUR dan menimbulkan keraguan. Tapi alghazali pernah berkata ‘keraguan adalah suatu kenderaan bagi menuju kebenaran’. Hasilnya bagaimana dunia barat melihat islam sebagai suatu ‘seeking the truth’ dimana berduyun-duyun makhluknya memelok islam atas kapasiti discourse analysis.
    Cuma yang menuju kepada kebenaran tersebut perlu ada PEDASnya, kerana ia berupa perasa. Supaya ada rasa untuk berubah. Kalau tak pedas ia kurang enak, melainkan kalau seseorang itu ada penyakit buasir. Itupun sebab dia sakit, kalau tidak pedas itu SYOK….bergantung pada kuantiti pedasnya. Hahahaha…….

  3. Zubin Mohamad said, on October 29, 2011 at 10:01 am

    Salam T.Sabri, terima kasih kerana meletakkan dan membicarakan tulisan Naser Baharuddin. Terima kasih Naser Baharuddin kerana menulis sesuatu yang sudah lama berlaku di dalam industri seni visual, ia boleh ia dipanggil begitu. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian saya adalah komentar yang disampaikan sesudah artikel, begitu pada sekali. Ini kena mengadap belajar dua hari dengan Saudara Naser. Sebagai seorang penari-koreografer-direktor teater-penulis, saya selalu tertarik dengan perkembangan seni visual negara. Kadakala saya melihat yang saya juga seperti berada di dalamnya, kerana saya juga seorang yang berkarya dengan visual, terutamanya visual yang bergerak dan juga live visual. Tapi rasanya masih ramai orang di Malaysia yang tidak melihatnya begitu. Kita masih terlalu deskriptif dan struktural, kerana kita masih menyimpan guru-guru yang berfikiran sedemikian dan kerana kita masih belum berganjak dari ilmu yang lalu. Di dalam seni persembahan juga kita sudah tidak boleh ke mana-mana lagi jika kita masih berpaksi kepada ilmu-ilmu yang lama. Sebab itulah ada ilmu-ilmu yang baru seperti Performance Studies, Post-Colonial, Post-Feminism, Post-Modernism, serta Cultural Studies. Di dalam Cultural Studies dan performance Studies sendiri mempunyai banyak intersection dan interdisciplinarinya yang tersendiri. Sebenarnya setiap dari kita mempunyai pandangan dan ilmu yang berbeza, belum lagi disentuh ilmu2 dari sarjana Islam yang sememangnya luas sekali. Mungkin kita harus duduk bersama dan berfikir untuk membandingkan ilmu-ilmu kita di dalam seni visual.


Leave a reply to tsabri Cancel reply