Off Walls Off Pedestals

Pemikiran Naser Baharuddin mengenai SERUM (2)

Posted in My Artist-Friends by tsabri on March 14, 2011

Terus…

5 Taburan Penanda dan Tertanda

Naser | 2011

Mari kita buat satu analisa awal keatas pemikiran Naser seperti yang dicetuskan di bahagian 1 dahulu. Analisa ini bertujuan untuk lebih memahami pemikirannya itu serta kaitan dengan perkembangan SERUM hari ini. Di sini saya membentuk, atau menyesuaikan (appropriate), satu jadual dari gabungan idea analisa semiotika dan senario SERUM; dan menabur ‘tanda-tanda’ yang dapat dikesan dari pemikiran Naser kepadanya.

Dengan ‘analisa semiotika’, saya bermaksud satu pendekatan atau kaedah analisa yang didasarkan dari studi atau penyelidikan terhadap makna; yang lazimnya dihadirkan oleh perkataan, imajan, bunyi, bauan, tindakan ataupun objek. Semua ini boleh menjadi suatu ‘tanda’ jika kita berusaha memberi makna kepadanya. Dengan mengetahui dan memahami ‘tanda-tanda’ kita berharap dapat memahami sesuatu perkara itu dengan lebih baik, dalam hal ini: pemikiran Naser dan perkembangan SERUM.

Jadual yang dibentuk adalah, sebahagiannya, didasarkan dari idea Ferdinand de Saussure, seorang ahli bahasa (linguist) berbangsa Swiss, http://en.wikipedia.org/wiki/Ferdinand_de_Saussure, yang mengesyorkan bahawa sesuatu ‘tanda’ itu terbentuk dari dua unsur, iaitu signifier (signifiant) dan signified (signifié). Signifier, yang di sini saya istilahkan sebagai ‘penanda’, selalunya merujuk kepada bentuk – ‘benda’ atau ‘perkara’; sementara signified, yang saya sebut sebagai ‘tertanda’, biasanya adalah rujukan kepada konsep yang dibentuk dari ‘penanda’ tadi. Kedua-dua ‘penanda’ dan ‘tertanda’ inilah yang membentuk sesuatu ‘tanda’  atau memberi makna kepada ‘tanda’ itu – yang dapat difahami oleh seseorang, sekumpulan atau sesebuah masyarakat dari suatu budaya. Rujukan lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Sign_(semiotics).

Saya fikir pendekatan semiotika ini sesuai sebagai awalan untuk memahami pemikiran Naser secara lebih meluas; kerana secara dasarnya pun, Naser sendiri boleh dikatakan sedang mengkedepankan permasalahan ‘ketiadaan makna’ dalam SERUM. Jadual yang disediakan patut dianggap sebagai satu percubaan awal: pertukaran di dalam jadual yang melibatkan pertambahan dan pengeluaran perkara-perkara dijangka akan berlaku, sehingga kita boleh kira-kira bersetuju dengan rangka konseptualnya secara menyeluruh. Saya suka berfikir yang olahan jadual dari pemikiran Naser ini berkembang untuk kita lebih faham dan terus bertindak dengan sewajarnya untuk kecemerlangan SERUM (yang sudah kehilangan ‘derum’nya, mengikut Naser).

Berikut adalah jadual yang terhasil dari ‘apropriasi’ analisa semiotika dengan taburan pimikiran Naser.

BMS: Bakat Muda Sezaman

AEM: Abstrak Ekspresionisme Malaysia

BSLN: Balai Seni Lukis Malaysia

SERUM: Seni Rupa Malaysia

Jadual di atas mempunyai lima kolum dan lima baris. Setiap kolum merujuk kepada perkara-perkara besar yang boleh kita katakan sebagai ‘sub-tajuk’, sementara baris pula adalah catatan dan huraian mengenai sub-tajuk yang diperkatakan. Baris ke empat tidak mempunyai sebarang catatan dan huraian. Ia sengaja dibiarkan kosong pada masa ini dengan cadangan menambah atau mengisinya apabila kita mendapat idea baru sepanjang perbincangan, yang saya kira sudah mendapat respon yang menggalakkan dari Naser sendiri.

Kalau ikut urutan perbincangan dari bahagian 1 pemikiran Naser ini, kita boleh mulakan dari kolum keempat, Tanda, yang saya juga rujuk kepada perspektif. Kolum ini berkaitan dengan rumusan dari ‘masalah-masalah’ yang disebut Naser di bahagian 1; iaitu Perspektif Pengetahuan Seni dan Perspektif Pengurusan Seni. Saya kira kedua perspektif ini sesuai dijadikan ‘tanda’ dalam membaca pemikiran Naser, mengambil kira bentuk-bentuk produk budaya yang sememangnya membawa berbagai makna seperti yang tersenarai di kolum kelima, Penyelidikan & Tindakan.

Tanda, dibentuk oleh ‘penanda’ dan ‘tertanda’ yang saling berkaitan. Kolum kedua, Penanda, memuatkan bentuk-bentuk yang ‘menandakan’ tanda di kolum keempat. Penanda-penanda ini merupakan permasalahan yang disebut Naser boleh ditemui dalam SERUM. Terus, kolum ketiga, Tertanda, adalah konsep asas yang terbina atau dibina dari penanda-penanda di kolum kedua. Dan, jika dituruti lagi, penanda-penanda di kolum kedua itu juga timbul dari kolum pertama, Peristiwa & Peranan: iaitu rujukan kepada peristiwa-peristiwa dalam SERUM di sepanjang sekurang-kurangnya dua atau tiga dekad terdahulu, dan peranan pelaku SERUM dalam peristiwa-peristiwa itu.

6 … Hasrat dan Tindakan

Pemikiran Naser, dari jadual dan perbincangan ringkas ini, sebenarnya cenderung kepada suatu gambaran perkembangan SERUM yang negatif. Tanda-tanda yang ditimbulkan adalah dari perkara-perkara yang boleh membantut malah membunuh perkembangan sihat. Dan ini tidak lain terbit dari kejahilan sikap dan tiada kompetensi diri seperti yang diutarakan Naser. Benarkah begitu? Jika benar, maka SERUM akan menuju zaman gelapkah ia?

Saya harap Naser terus menghujahkan permasalahannya berserta dengan contoh-contoh yang dapat menyakinkan SERUM. Jadual yang dipapar tidak akan bermakna apa pun jika taburan tanda negatif terus berlaku. Pelaku-pelaku SERUM sejati mustahil akan membenarkan SERUM kehilangan jatidiri. Mari.

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. naser said, on March 15, 2011 at 8:27 am

    salam tuan

    terima kasih sekali lagi kerana mengundang akan perbahasan selanjutnya. namun saya melihat persoalan ‘tanda’ – iaitu perspektif, mengarah kepada pembentukan sesuatu polisi/agenda.

    atas fakta berikut permasalahan menjadi suatu perkara awal dalam menjadikan ia sebagai ‘problem statement’ kepada isu yang di tebarkan. seterusnya untuk difikirkan sebagai suatu research question(RQ)

    Hasil dari permasalahan pengurusan dan pengetahuan. boleh ditafsirkan pengurusan datang dari organisasi seni dan pengetahuan dari institusi seni. secara ringkas kemelutnya telah dihurai sebelum ini. ia adalah senario secara kasar atas pemerhatian(observational) pada perkembangan seni malaya sebagai suatu hypothesis.

    namun perlaksanaan jenteranya perlu kepada suatu analysis yang lebih kritikal dalam pembinaan tindakan untuk menentukan apakah tindakannya. pada peringkat ini ia memerlukan suatu sistem kerangka yang lebih besar. bukan sekadar dalam web ini. kerangka tersebut perlu dibengkelkan atau perlu ada pertemuan dua mata untuk melihat secara komprehensif bagi perkembangan seni malaya. seterusnya memebentuk apakah tindakan yang sepatutnya…kalau tidak buang masa.

    saya mengajak akan adanya suatu perbincangan secara konstruktif diluar ruang website yang sempit ini bagi bersama membina perkembangan tersebut.

    insyaalah

    • tsabri said, on March 20, 2011 at 4:25 pm

      Sesi perbincangan sedang disusun. Akan diberitahu apabila sudah pasti tempat dan tarikhnya,

  2. naser said, on March 15, 2011 at 8:33 am

    mengapa tak masuk

  3. naser said, on March 15, 2011 at 9:13 am

    salam tuan
    kena tulis sekali lagi

    pertama terima kasih atas undangan untuk melanjutkan perbincangan ini.

    hasil dari kerangka tuan ia membentuk kepada ‘tanda’ – iatu perspektif, yang terbina dari isu pengurusan dan pengetahuan, di mana tanda tersebut memberi klue kepada suatu hipotesis dalam pembinaan polisi/agenda.

    secara kasarnya tanda tersebut iatu ‘perspektif’ telah terhurai secara kasar dari perbincangan sebelum ini. penghuraian permasalahan tersebut hasil dari pemerhatian secara kasar juga mengenai kedudukan seni malaya serta perkembangannya. namun perspektif tersebut perlu dinilai secara positifnya atau negatif, sebagai suatu klue dalam mencari apakah tindakan dalam mengatasi permasalahannya. ia suatu hipothesis kepada persoalan awal kajian.

    oleh itu dalam merangka kepada kerangka tuan ia perlu di bincangkan secara lebih kritikal secara pertemuan dua hala atau perlu kepada suatu bengkel yang lebih konstruktif dari permasalahan yang telah disebut kepada kerangka yang lebih besar dan diharap selanjutnya dapat membina kepada suatu resolusi yang bersepadu. saya kira perbincangan dalam website ini amat sempit dan banyak perkara tidak dapat diususlkan secara jelas.

    oleh itu ada pihak tertentu yang dapan menyediakan ruang yang bertepatan untuk melihat akan persaoalan ini serta apakah tindakan yang perlu diambil.

  4. naser said, on March 23, 2011 at 9:28 am

    rumah saya pun ok tuan, pekena ubi rebus…hahaha


Leave a comment